RAMADHAN

RAMADHAN

KALENDAR MASJID AL-IMAN DESA PUTRA

Thursday 28 January 2016

PENGUMUMAN/HEBAHAN/BERITA


MASJID AL-IMAN DESA PUTRA
PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH: SEPANG, 
MUKIM DENGKIL, NEGERI SELANGOR DE


PENGUMUMAN/HEBAHAN/BERITA
UNTUK MAKLOMAN 
WARGA DESA PUTRA & SEKITAR



MESYUARAT


MAJLIS WALIMATUL URUS/JEMPUTAN PERKAHWINAN


KEMATIAN



GOTONG ROYONG



HOSPITAL























Monday 4 January 2016

INFRA & ASET


TOPIK KHAS
MASJID BARU

MASJID INI TELAH UZUR, BERUSIA LEBIH 60 TAHUN, TIDAK MUAT MENAMPONG BILANGAN JEMAAH YANG SEMANGKIN MENINGKAT, BANYAK PEMBAIKAN DIPERLUKAN, BANGUNAN KURANG MENAMPAKKAN CIRI-CIRI MASJID DAN KURANG KEMUDAHAN/MESRA KOMUNITI


MIMPI KAMI UNTUK MASJID BARU...........

Masjid ooo ...ooo.... masjid
Nak yang macam ni? DUA TINGKAT....





atau yang macam ini? TRADISIONAL ............


atau

CUBA BAYANGKAN

............................................


Alangkah baiknya kalau Desa Putra dapat sebuah masjid baru
Marilah kita mulakan langkah untuk menjadikan mimpi ini satu kenyataan.

1) TAPAK
Cadangan tapak masjid baru Desa Putra.
Buat masa ini sekeping Tanah di Belakang Masjid di kenalpasti untuk tujuan ini. Sekiranya ada cadangan Tanah/tempat lain mohon di kemukan.


KERJA-KERJA PEMBERSEHAN TANAH 


 
Menurut sumber dari PAID Sepang, Dalam rancangan RMK Ke 11, Daerah Sepang di berikan 3 peruntukan untuk pembinaan masjid baru. Keutamaan diberikan kepada:-
1) Bagan Lalang pada tahun 2017
2) Dengkil pada tahun 2018 dan
3) Kg. Desa Putra pada tahun 2019
Pada dasarnya peruntukan bagi tujuan ini telah ada dan dalam makluman pehak-pehak yang berkenaan. Beberapa tindakan proaktiv perlu dilakukan oleh Jawatankuasa Masjid bagi tujuan ini.
Antaranya:
1) KERTAS KERJA
Sila kemukakan permohonan dan satu kertas kerja keperluan masjid baru
2) Menyediakan Tanah bagi tujuan pembinaan ini.
     Pembelian Tanah sebagai tambahan kepada pembesaran Tanah yang mencukupi.


Cadangan kepada infra Masjid Baru.



PENGENALAN
Masjid Al-Iman Desa Putra ini adalah merupakan sebuah masjid yang telah didirikan pada sekitar tahun 1960an dan kini telah berusia melebih daripada 55 tahun. Pada asalnya masjid ini adalah untuk menampong penduduk peneroka Tanah Rancangan (RKT) Sungai Merab Dalam (Rancangan Pertama) yang pada ketika itu seramai lebihkurang 86 buah rumah keluarga peneroka sahaja.
Pada masa kini Masjid ini telah menjadi terlalu kecil bagi menampong bilangan penduduk yang semangkin bertambah  dengan begitu mendadak sekali kerana telah ujudnya banyak taman-taman perumahan di sekelilingnya, Apatah lagi kampong ini adalah amat berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya & KLIA.

PROFAIL KG. DESA PUTRA& MASJID AL-IMAN
Kampong Desa Putra, terletak dalam Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. Adalah merupakan sebuah kampung tradisional yang sangat berhampiran dengan PUTRAJAYA. Jaraknya hanya 3km dengan melalui jalan dari Alamanda ke PICC dan keluar melalui exit Kajang atau dari Bandar Baru Bangi mengarah ke Salak Tinggi, Sepang.
Kampung Desa Putra telah dibuka pada sekitar tahun 1960 melalui penerokaan tanah yang di rancang oleh kerajaan melalui sistem yang dinamakan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).Seramai 84 orang peserta telah dipilih untuk menjadi Peneroka dalam program ini. Setiap peserta diberikan lebihkurang 6 ekar kawasan tanah pertanian kekal  yang ditanam dengan pokok getah dan 2 ekar tanah sebagai tapak rumah dan kawasan tanaman dusun.
Pada awalnya kampong ini dikenali sebagai Kampung RKT Sungai Merab Dalam atau Kg RKT Rancangan Pertama. Ekoran kepesatan pembangunan disekeliling kawasan kampong ini yang bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia dan KLIA, kampong ini juga turut mengalami perubahan dan pada tahun 1998 kampung ini telah diberi nama baru iaitu KAMPONG DESA PUTRA.
Dari segi georafinya kampong ini terletak dalam Mukim Dengkil dalam Daerah Sepang Dalam Negeri Selangor.Hasil getah merupakan pendapatan utama penduduk pada peringkat awal pembukaannya tetapi kini kebanyakan tanah-tanah milek penduduk telah dibangunkan menjadi taman-taman perumahan dan lot-lot banglow. Banyak taman perumahan baru telah ujud disekitar kampong ini. Dari segi pentadbiran politik Kampung ini termasuk dalam kawasan DUN Dengkil dan dalam Kawasan Parlimen Sepang.Kini kepesatan penduduk disini semangkin meningkat kepada hampir 10,000 orang penduduk dan jumlah rumah kediaman melebehi 1,500 buah rumah. Beberapa buah taman perumahan adalah dalam kawasan Desa Putra antaranya Taman Desa Saujana, Taman Mekar, Dataran Al-Iman, Taman Puncak Pinggiran Putra, Taman Lestari dll.

Maklumat Sisio Ekonomi
Penduduk di kawasan Kg Desa Putra ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan dari yang berkerja sendiri hinggalah kepada kakitangan kerajaan, pekerja swasta/kilang dan pelbagai lagi Terdapat ketua-ketua jabatan dan mereka yang bergelar Dato', Tan Sri, Peguam, Bekas Duta, Pensyarah, Doktor  yang tinggal di rumah/banglow sekitar kampong ini.
Kemudahan Asas
  Kemudahan Jalanraya, elektrik, air,  telefon dan internet.
  Kawasan Rumah Kampong/tradisi  dan  Taman-Taman Perumahan
  Sekolah Keb, Sekolah Agama, Klinik Kesihatan, Balairaya dan Tadika
  Kedai Runcit, Kedai Makan, Bengkel-Bengkel dll.


 SETERUSNYA
MASIH DALAM PEMBINAAN/MENCARI IDEA.....
Tolong Bantu.....