RAMADHAN

RAMADHAN

KALENDAR MASJID AL-IMAN DESA PUTRA

Tuesday 24 January 2017

MASJID AL-IMAN DESA PUTRA


PENGENALAN/SEJARAH
Masjid Al-Iman Desa Putra ini adalah merupakan sebuah masjid yang telah didirikan pada sekitar tahun 1960an dan kini telah berusia melebih daripada 55 tahun. Pada asalnya masjid ini adalah untuk menampong penduduk peneroka Tanah Rancangan (RKT) Sungai Merab Dalam (Rancangan Pertama) yang pada ketika itu seramai lebihkurang 86 buah rumah keluarga peneroka sahaja.

Pada masa kini Masjid ini telah menjadi terlalu kecil bagi menampong bilangan penduduk yang semangkin bertambah  dengan begitu mendadak sekali kerana telah ujudnya banyak taman-taman perumahan di sekelilingnya, Apatah lagi kampung ini adalah amat berhampiran dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya & KLIA.


KAMPUNG DESA PUTRA
Masjid Al-Iman ini terletaka dalam Kampung Desa Putra dalam Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor. Adalah merupakan sebuah kampung tradisional yang sangat berhampiran dengan PUTRAJAYA. Jaraknya hanya 3km dengan melalui jalan dari Alamanda ke PICC dan keluar melalui exit Kajang atau dari Bandar Baru Bangi mengarah ke Salak Tinggi, Sepang.

Kampung Desa Putra ini telah dibuka pada sekitar tahun 1960 melalui penerokaan tanah yang di rancang oleh kerajaan melalui sistem yang dinamakan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT).Seramai 84 orang peserta telah dipilih untuk menjadi Peneroka dalam program ini. Setiap peserta diberikan lebihkurang 6 ekar kawasan tanah pertanian kekal  yang ditanam dengan pokok getah dan 2 ekar tanah sebagai tapak rumah dan kawasan tanaman dusun.

Pada awalnya kampung ini dikenali sebagai Kampung RKT Sungai Merab Dalam atau Kg RKT Rancangan Pertama. Ekoran kepesatan pembangunan disekeliling kawasan kampung ini yang bersebelahan dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, Cyberjaya, Koridor Raya Multimedia dan KLIA, kampung ini juga turut mengalami perubahan dan pada tahun 1998 kampung ini telah diberi nama baru iaitu KAMPUNG DESA PUTRA.

Dari segi georafinya kampung ini terletak dalam Mukim Dengkil dalam Daerah Sepang Dalam Negeri Selangor. Hasil getah merupakan pendapatan utama penduduk pada peringkat awal pembukaannya tetapi kini kebanyakan tanah-tanah milek penduduk telah dibangunkan menjadi taman-taman perumahan dan lot-lot banglow. Banyak taman perumahan baru telah ujud disekitar kampung ini. Dari segi pentadbiran politik Kampung ini termasuk dalam kawasan DUN Dengkil dan dalam Kawasan Parlimen Sepang. Kini kepesatan penduduk disini semangkin meningkat kepada lebih 10,000 orang penduduk dan jumlah rumah kediaman melebehi 1,200 buah rumah. Beberapa buah taman perumahan adalah dalam kawasan Desa Putra antaranya Taman Desa Saujana, Taman Mekar, Dataran Al-Iman, Taman Puncak Pinggiran Putra, Taman Lestari dll.

Maklumat Sisio Ekonomi
Penduduk di kawasan Kg Desa Putra ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan dari yang berkerja sendiri hinggalah kepada kakitangan kerajaan, pekerja swasta/kilang dan pelbagai lagi Terdapat ketua-ketua jabatan dan mereka yang bergelar Dato', Tan Sri, Peguam, Bekas Duta, Pensyarah, Doktor dll.  yang tinggal di rumah/banglow sekitar kampung ini 

Kemudahan Asas
Kemudahan Jalanraya, elektrik, air,  telefon dan internet.
Kawasan Rumah Kampung/tradisi  dan  Taman-Taman Perumahan
Sekolah Keb, Sekolah Agama, Klinik Kesihatan, Balairaya danTadik
Kedai Runcit, Kedai Makan, Bengkel-Bengkel dll.

 KHAIRIAH MASJID (JAJAHAN TADBIR)

1) Kg. Desa Putra
2) Taman Desa Mekar
3) Taman Desa Saujana
4) Taman Seri Saujana
5)  Jln. Kg. 12
6) Kg. Orang Asli, Astana Dugang
7) Desa Puncak Mekar
8) Dataran Iman


MANTAN NAZIR MASJID AL-IMAN DP 
1) Hj Yahya Othman
2) Hj Uda Panjang Mahmud
3) Hussein Md Shah
4) Hj Mahmud (1983 - 1989)
5) Hj Zailani Mohd Amin (1989 - 2000)
6) Hj Abdul Rahman Johan (2000 - 2000)
7) Hj Hashim Tamah (2000 - 2001)
8) Hj Arifen Kamarudzaman (2001 - 2012)
9) Hj Jailani Bahri (2012 - 2015)
10) Hj Ariffen Kamarudzaman 2016 - 2018
11) HJ. ARIFFEN KAMARUDZAMAN 2019 - SEKARANG
Nota:
Warna Merah (Telah Meninggal Dunia) AL-FATEHAH
Warna Biru : Boleh Di Hubungi


PLAN TANAH MASJID AL-IMAN DESA PUTRA                                                                        
KAMPUNG DESA PUTRA 

WATIKAH PERLANTIKAN PEGAWAI & AJK SESSI 2019
                       
PENASIHAT
KETUA KAMPUNG DESA PUTRA
MOHD TAMRIN BIN ABDUL MAJID 











NAZIR MASJID AL-IMAN
HJ. ARIFFEN BIN KAMARUZZAMAN
Tel:
Alamat: Jalan Hj. Yahya, Kg. Desa Putra

TIMBALAN NAZIR
HJ. KAMARUDIN BIN YAHYA
Tel:
Alamat: Jalan Utama, Kg Desa Putra
SETIAUSAHA
CIKGU IDRIS BIN AHMAD





PENOLONG SETIAUSAHA
ABD GHANI BIN IKHWAN


IMAN 1
ABD SUKOR BIN JOHAN
Alamat: Jalan Jamaluddin, Kg Desa Putra
IMAN 2




BILAL 1
MOHD AZMI BIN RASHIDI
Tel:
Alamat:   Jalan Hj. Yahya

BILAL 2
SAFERI BIN ABD HAMID
Tel:
Alamat : Kg Dua Belas













SIAK 1
SUHAIMI ABD RAHMAN
Tel:

Alamat: Jalan Deraman, Kg Desa Putra

SIAK 2
MOHAMAD BIN MOHD YUSOF
Tel:
Alamat:

AHLI JAWATANKUASA 1


AHLI JAWATANKUASA 2
MOHD NOR IHWAN
Tel: , e-mail:
Alamat: , Kg Desa Putra

AHLI JAWATANKUASA 3



AHLI JAWATANKUASA 4
M HIJAZI BIN TAMYIZ
Tel: 
Alamat: Desa Saujana

AHLI JAWATANKUASA 5










ROSLI BIN RASHID
Tel: 
Alamat: Jalan Utama, Kg Desa Putra

AHLI JAWATANKUASA (WAKIL WANITA).
.
PN. MAZIAH BINTI MUSA
Tel: , e-mail: 

Alamat: No. Jalan Utama, Kg Desa Putra

AHLI JAWATANKUASA (PENYELIA/PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAH)
AZIMAH BTE ABDUL HALIM
Tel: 019-2365106, e-mail: azimah_mummy@yahoo.com.my
Alamat: No. 39, Jalan Hj. Hanafi, Kg Desa Putra



PEMERIKSA KIR-KIRA 1
ISA BIN AHMAD
Tel:
Alamat: Jalan Ke Limau Manis, Kg Desa Putra



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERKUATKUASA MULAI 01 Jan 2019
AJK BIRO-BIRO MASJID AL-IMAN
1) Biro Dakwah dan Pendidikan

2) Biro Kebajikan dan Khairat Kematian

3) Biro Kecerian dan Pengurusan Aset/Harta

4)  Biro Pembangunan dan Teknologi Maklumat

5)  Biro Tanah Perkuburan & Lanskap

6) Biro Keselamatan Amal Maaruf Nahi Mungkar                    & Kaunseling

7)  Biro Ekonomi dan Keusahawanan

8) Biro Hal Ehwal Wanita & Pembangunan Keluarga

9)  Biro Hal Ehwal Belia & Riadah